Body Dysmorphic Disorder? Apa tu?
Seseorang yang rasa terdapat kecacatan atau kekurangan pada tubuh badan sedangkan tidak ada pun kekurangan pada diri mereka. Namun apakah penyebab Body Dysmorphic Disorder dan adakah BDD ini dapat dirawat?
Apakah antara penyebab Body Dysmorphic Disorder?
Antara sebab terbesar yang boleh menyebabkan BDD ialah Social Media. Jom kita sama sama bincangkan apa kaitan antara BDD dan Social Media.
Macam kesihatan mental yang lain, Body Dysmorphic Disorder mungkin disebabkan oleh pelbagai masalah seperti:
- sejarah keluarga
- brain abnormalities
- Fikiran negatif tentang keadaan fizikal tubuh badan
- Personaliti individu; perfectionist
- Mempunyai masalah gangguan mental; anxiety atau depression
Fikiran negatif tentang keadaan fizikal tubuh badan
Tabiat Filter Penyebab Utama Body Dysmorphic Disorder.
Sekarang hampir semua orang menggunakan beauty filter bila nak post gambar di social media. Dah jadi kewajipan untuk apply filter dulu sebelum post.
Tabiat yang berpanjangan ini menyebabkan kita sering membandingkan bentuk badan, rupa wajah kita. Realiti manusia memang tidak sempurna, tapi di social media, semua perfect!
Badan edit jadi ‘sado’, jadi ramping, jadi tinggi. Muka edit bagi putih sikit, hilangkan jerawat. Social media seakan menjadi realiti kita.
Orang lain muka flawless, cantik!
Bila kita tengok instagram artis-artis, instafamous, fuhhh. Sebab ini kita selalu membandingkan wajah kita dan artis. Bila tabiat membandingkan ini menjadi-jadi, ia akan menyebabkan BDD.
Banyak kali tengok cermin.
Antara gejalanya ialah kerap kali memeriksa diri di cermin, berlebihan dari segi berpakaian, sentiasa meminta orang lain untuk memberitahu keadaan fizikal mereka adalah okay, mengutil kulit untuk melicinkannya, dan sentiasa membandingkan fizikal diri dengan orang lain. Ada juga yang akan menjalani pembedahan plastik.
Selalunya bermula dalam kalangan remaja, tidak kira lelaki atau perempuan
Kenapa remaja? Kajian mendapati BDD ini banyak terdapat pada remaja dan peratusannya naik mendadak sejak social media didedahkan kepada mereka.
Adakah ia boleh dirawat?
BDD boleh dirawat dengan terapi (cognitive behavioral therapy) atau/dan ubat psikotropik. Dapatkan khidmat nasihat dan rawatan di fasiliti kesihatan/fasiliti perkhidmatan kesihatan mental yang berdekatan.
Anda boleh rujuk di fasiliti kesihatan seperti di bawah:
- Unit Pakar Kesejahteraan Psikologi dan Kaunselling (PKPK), UKM Whatsapp 011-23803861 atau 019-9102894.
- Centre of Psychological and Counselling Services daripada HELP University Klik Disini
- Malaysian Mental Health Association MMHA Klik Disini