Categories
#EthicalSocialMedia

Pengaruh Media Sosial Ke Atas Keluarga Anda.

Pengaruh media sosial ke atas keluarga memainkan peranan yang cukup besar pada masa sekarang. Baik dari nenek sampai cucu. Semua dah exposed dengan media sosial. Scary! Kenapa scary, saya cuba huraikan.

Pengaruh media sosial ke atas anak?
Anak-anak hide Instastory daripada Ibu-bapa. Haaaa saya rasa semua pernah buat atau pernah ada kawan yang buat. Sebab nak sorok aktiviti mereka, takut mak abah tak dapat terima. Kenapa buat?

Pengaruh media sosial ke atas suami?
Suami install WeChat senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri. Ehem terasa ke tu? Chatting dengan gadis-gadis random di WeChat, abaikan tanggungjawab sebagai suami.

Pengaruh media sosial ke atas isteri pula?
Isteri follow Instafamous yang kaya dan mengidamkan harta seperti dia. Bandingkan kehidupan keluarganya dengan orang lain sedangkan keluarganya dah cukup bahagia dengan apa yang ada.

Applikasi popular yang jadi pengaruh media sosial ke atas keluarga anda:

Facebook. Ketagih untuk scroll dan scroll.

Pengaruh Media Sosial Ke Atas Keluarga

Kalau anda sebagai parents. Cuba try senyap-senyap tengok apa yang anak-anak anda buat. Saya percaya 2021 ini memang mereka tak lekang dengan phone.

Ibu jari naik, turun, naik, turun. Seronok berbalas komen, leka melayan status orang lain. Ini antara sebab terbesar hubungan antara parents dan anak anak longgar.

“Mak tak pernah nak faham saya!” Macam mana nak faham. Mak biarkan anak leka dengan dunia media sosial. Anak semakin tenggelam dan lemas.

Ibu bapa perlu ambil peranan. Luangkan masa dengan anak anak. Kurangkan masa anak daripada melayari media sosial.

Whatsapp. Kantoi whatsapp dengan orang lain?

Ah ini perkara biasa zaman sekarang. Ada sahaja gossip hangat bila suami terkantoi whatsapp dengan orang lain.

Whatsapp memudahkan kita untuk contact kenalan lama, senang bertanya khabar keluarga jauh.

Tanda-tanda awal biasanya bila suami tak bagi tengok phone, tukar password. Lagi satu bila suami tak letak phone merata-rata. Hmm curious.

Ini bukan untuk suami sahaja tau, isteri pun sama. Medium untuk curang yang paling popular di Malaysia adalah Whatsapp!

WeChat. Medium mencari kenalan. Look around.

Suami balik lambat. Isteri boring di rumah. Tangan gatal buka WeChat. Ramai rupanya lelaki yang boleh menemannya di saat kesunyian. Hati-hati.

Suami pun sama. Gatal tangan nak ‘try’ kenal orang baru. Maklumlah boleh pasang 4. Ikut Islam. Kahwin ikut agama, yang lain tak ikut pula. Kihkih

Instagram. Orang ada kereta besar, dia nak juga.

Ini pun lagi satu punca penyakit hati. Tengok kawan-kawan update gambar beli phone baru. Dia pun nak juga. Umur baru setahun jagung.

Paksa ibu ayah beli phone kalau tak ugut nak memberontak. Ini situasi yang benar benar terjadi zaman sekarang ya.

Isteri tengok kawan officenya beli TV baru post di Instagram. Paksa suami beli sedangkan TV di rumah sudah ada. Cukup-cukuplah.

Media Sosial tak salah, kita yang salah menggunakannya.

Kurangkan penggunaan media sosial.

Saya dah cuba dan Alhamdulillah sampai sekarang penggunaan media sosial saya semakin kurang. Kesannya? Hubungan saya dan keluarga saya semakin baik. Kehidupan saya semakin aman. Pandangan saya tentang kehidupan jadi lebih luas. Saya luangkan masa dengan membaca, dapatkan ilmu baru.

Anda sekeluarga juga boleh buat. Set kan masa anda di media sosial satu jam sahaja sehari. Langkah yang kecil ini akan anda rasa impaknya ke atas keluarga anda sangat besar.

Makan bersama keluarga. Wajib!

Masa makan yang diluangkan bersama keluarga mampu merapatkan hubungan.

Munurut kajian di United Kingdom, keluarga yang bahagia banyak meluangkan masa mereka dengan makan bersama.

Ajaran agama sebagai tiang keluarga.

Didikan agama tersangatlah penting dalam keluarga. Biarlah anak itu boring mendengar ceramah-ceramah di TV. Lama kelamaan ia akan meresap juga kedalam jiwa mereka.

Saya sebagai contoh. Mak selalu pasang ceramah-ceramah di TV untuk dengar bersama. Saya rasa boring dan mengantuk (kisah benar) tapi lama kelamaan ceramah itulah yang jadi panduan dalam hidup saya sekarang. Terima kasih mak abah!

Mak saya selalu suruh saya ingat mati.

Ini perkara yang saya rasa patut dicontohi oleh semua parents. Mak selalu cakap ‘buat apa pun di dunia ni, kita akan mati juga’. Ayat yang simple tapi memberikan impak besar dalam hidup saya sekarang.

Apa sekalipun yang saya buat sekarang ini, ayat itu yang selalu terngiang ngiang di kepala. Ingat mati, takut mati, hidup anda akan lebih dimanfaatkan dengan betul.

Jadikan media sosial medium positif untuk anda sekeluarga.

Ingat lagi sekali, media sosial tak salah, kita yang salah gunakannya. Gunakan media sosial untuk perkara yang boleh positifkan diri anda sekeluarga.

Yang tak elok, yang negatif, kita unfollow. Yang bagus kita ikut. InsyaAllah hidup anda lebih best dan fun!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *