Categories
Product Review

Bekerja Di Rumah. Barang IT Yang Perlu Ada (WFH Starter Pack)

Bekerja di rumah atau ‘work from home’ adalah sesuatu yang sinonim dengan kita di Malaysia 2021 ini. Disini saya try senaraikan barang yang perlu ada jika anda bekerja di rumah.

Laptop/Computer Untuk Senang Bekerja Di Rumah

Ini paling wajib. Nak meeting senang nak buat kerja senang. Ada company yang memberi laptop kepada staff dan ada juga yang beri benefit kepada staff untuk beli laptop dan claim kepada company.

Seratus Peratus suggest beli ni:

bekerja di rumah laptop

Apple Macbook Air M1 Chip
RM4,399
Review power di Lazada
Investment yang baik untuk laptop
Dengan M1 Chip, anda boleh pakai 5-10 tahun lagi.

Microphone. Suara clean and clear!

Microphone juga mainkan peranan penting. Ramai orang menggunakan phone, tetapi kadang-kadang line tak clear, boleh buat orang lain yang dengar annoying dengar suara anda sekat-sekat.

Seratus Peratus suggest beli ni:

bekerja di rumah microphone

Fifine K669B
RM139
Rating 5 Star di Lazada!
Saya personally pakai microphone ni, tersangat puas hati. Suara clear.

Kerja Di Rumah Kena Ada Webcam, Confident bila present time meeting.

Bila bekerja di rumah, video webcam mainkan peranan penting lagi-lagi bila meeting. Video kena cerah, clear. Saya sarankan bila nak on webcam pastikan ada cahaya matahari sedikit supaya nampak lebih natural.

Seratus Peratus suggest beli ni:

bekerja di rumah webcam

Fantech Luminous C30
RM144.90 (Promotion)
Review terbaik di Lazada
Saya pakai juga webcam ni. Dengan wide-view. Video jelas. Pehh

Screen Monitor. Lagi besar lagi produktif

Screen monitor yang bagus mestilah mempunyai resolusi yang tinggi. Maksudnya bila tengok screen mata kita clear dengan apa yang kita tengah type.

Seratus Peratus suggest beli ni:

bekerja di rumah monitor pc

Anmite 27 75hz HDR FHD
RM658 (Promotion)
Jenama Anmite tengah naik dengan membekalkan High-end-budget monitor
27 inci dan 75Hz display. Harga RM658 je? Wajib beli!

WiFi tak laju bila dalam bilik? Mesh WiFi mesti beli

Mesti ada punyalah masalah ni. WiFi dekat ruang tamu, bila masuk bilik WiFi tak laju. FRUST!

Seratus Peratus suggest beli ni:

bekerja di rumah mesh wifi

TP-Link Deco E4 AC1200 Mesh WiFi Router
RM269
Antara Mesh WiFi Router yang dapat banyak review 5 star di Lazada
Saya pun guna juga Mesh WiFi ni dari seller yang sama. Tiada lagi masalah WiFi. Dalam bilik internet berdesup!

Seratus Peratus Approve Time Internet terpaling laju!

Produktif bila bekerja di rumah

Bila kerja di rumah tu, janganlah kerja sambil lewa ya. Jauhi media sosial anda kejap. Semua barang-barang best dah beli. Apa lagi, kekal produktif bekerja di rumah ya! Seratus Peratus Power!