Categories
Quiz

Adakah saya mempunyai Body Dysmorphic Disorder?

Categories
#EthicalSocialMedia

Body Dysmorphic Disorder dan Social Media

Body Dysmorphic Disorder? Apa tu?

Seseorang yang rasa terdapat kecacatan atau kekurangan pada tubuh badan sedangkan tidak ada pun kekurangan pada diri mereka. Orang lain pun tidak menganggap begitu. Ini adalah definisi Body Dysmorphic Disorder. Adakah anda salah seorang pesakit?

Apakah antara penyebab Body Dysmorphic Disorder?

Antara sebab terbesar yang boleh menyebabkan BDD ialah Social Media. Jom kita sama sama bincangkan apa kaitan antara BDD dan Social Media.

Macam kesihatan mental yang lain, BDD mungkin disebabkan oleh pelbagai masalah seperti:

1. Sejarah keluarga
2. Brain abnormalities
3.Fikiran negatif tentang keadaan fizikal tubuh badan
4. Personaliti individu; perfectionist
5. Mempunyai masalah gangguan mental; anxiety atau depression

Menurut kajian fikiran negatif tentang keadaan fizikal tubuh badan kebanyakannya disebabkan oleh penggunaan social media yang berlebihan!

Tabiat Filter!

Sekarang hampir semua orang menggunakan beauty filter bila nak post gambar di social media. Dah jadi kewajipan untuk apply filter dulu sebelum post.

Tabiat yang berpanjangan ini menyebabkan kita sering membandingkan bentuk badan, rupa wajah kita. Realiti manusia memang tidak sempurna, tapi di social media, semua perfect!

Badan edit jadi ‘sado’, jadi ramping, jadi tinggi. Muka edit bagi putih sikit, hilangkan jerawat. Social media seakan menjadi realiti kita. 

Orang lain muka flawless, cantik!

Bila kita tengok instagram artis-artis, instafamous, fuhhh. Sebab ini kita selalu membandingkan wajah kita dan artis. Bila tabiat membandingkan ini menjadi-jadi, ia akan menyebabkan BDD

Banyak kali tengok cermin antara sebab Body Dysmorphic Disorder.

Antara gejalanya ialah kerap kali memeriksa diri di cermin, berlebihan dari segi berpakaian,  sentiasa meminta orang lain untuk memberitahu keadaan fizikal mereka adalah okay, mengutil kulit untuk melicinkannya, dan sentiasa membandingkan fizikal diri dengan orang lain. Ada juga yang akan menjalani pembedahan plastik. (cucuk vitamin C nak bagi putih merupakan trend yang tersebar di social media)

Selalunya bermula dalam kalangan remaja, tidak kira lelaki atau perempuan

Kenapa remaja? Kajian mendapati BDD ini banyak terdapat pada remaja dan peratusannya naik mendadak sejak social media didedahkan kepada mereka. Ibu bapa perlu pantau.

Applikasi filter muka.

BDD terjadi disebabkan pelbagai faktor biologi, psikologi dan sosial. Ada kajian menunjukkan teknologi beberapa aplikasi yang melibatkan perubahan wajah turut menyumbang kepada kejadian BDD ini.

Adakah ia boleh dirawat?

BDD boleh dirawat dengan terapi (cognitive behavioral therapy) atau/dan ubat psikotropik. Dapatkan khidmat nasihat dan rawatan di fasiliti kesihatan/fasiliti perkhidmatan kesihatan mental yang berdekatan. Anda juga boleh hubungi https://www.befrienders.org.my/ untuk emotional support dan depression.