Categories
#EthicalSocialMedia

5 cara mengawal ketagihan sosial media. Tak try tak tahu!

Media sosial merosakkan otak anda, tidak selamat, memberi untung gila-gila untuk syarikat ini merosakkan lagi akhlak anda. Kami kawal ketagihan media sosial anda!

Media sosial merupakan platform orang muda generasi Y, Z, semua huruf lah, media sosial adalah cara untuk berhubung dengan orang yang mungkin tidak pernah anda kenali sejak bertahun-tahun yang lalu, media sosial membolehkan anda belajar perkara yang tidak pernah anda tahu.

Kedua-duanya betul.

Media sosial bagi saya merupakan platform ilmu, macam universiti percuma! Baik dari ilmu bisnes hinggalah tips rumahtangga. Banyak sangat!

Secara teorinya saya akan plan life goal, offline dan keluar mengharungi dunia yang fun and adventurous ini. Realitinya saya telah menghabiskan lebih banyak masa di halaman meme, tujuh hari straight selama berjam-jam yang mungkin boleh dimanfaatkan lagi dengan lebih baik. Duh~

Sekiranya anda mempunyai “masalah” media sosial seperti saya, cubalah tips ini. Saya pun masih mencuba, try “istiqamah” cewah. Tak buat tak tahu kan.

5 cara kawal ketagihan media sosial:

check notification

1. Kawal ketagihan media sosial dengan off notification.

Saya tidak pernah selesaikan apa-apa bila saya online, dan satu-satunya cara saya ialah off notification. Saya tak tahu apa yang akan saya lakukan jika tiba-tiba phone saya panggil “Bro, ada orang spill the tea dekat twitter pasal awek dia curang dengan abang sedara dia punya pakcik punya jiran” OFF NOTIFICATION.

2. Pilih dua hari berturut untuk jauhi media sosial.

Cubalah selama dua hari: misalnya hari Sabtu dan Ahad. Confirm hujung minggu anda best dan produktif gila weh! Habiskan masa baca buku, masak, workout. Kalau susah, limit kan sabtu atau ahad anda sejam sahaja untuk layari media sosial.

lepak dengan kawan

3. Hubungi rakan anda, keluarga anda, hangout dengan kawan, eh tak boleh PKP. (Bila tah nak habis)

Pernah tak bila anda online, rasa lonely dan tweet ‘lonely nya saya, keseorangan, perlukan teman’ STOP. Jangan tweet, tutup twitter dan call kawan-kawan anda. Tak kisahlah dah 20 tahun tak jumpa. Cuba call. Marahkan seseorang, jangan up status facebook. Cuba call. Result nya, awesome.

4. Kawal ketagihan media sosial dengan tukar mindset untuk private kan hidup anda di media sosial.

Kawan saya ada share video, live di Instagram, suami isteri bergaduh dan si isteri buat live, jerit-jerit mengamuk mengamuk. I was like “WTH’. Tak percaya ada juga manusia yang tunjukkan hal peribadi di media sosial untuk tontonan umum. Ada ilmu yang bermanfaat, share kan di Instagram, ada tips yang cool, letak di twitter. Hal peribadi, no no no.

minum kopi

5. Minum satu jug kopi (over sangat) dan senaraikan to-do-list anda.

Ini merupakan cara yang paling susah, perit dan juga yang paling efektif untuk anda lakukan. Wajib! Buat nescafe secawan (bukan satu jug) buat to-do-list. Repeat.

Kesimpulannya

Sekiranya petua ini berfungsi untuk anda, jangan beritahu saya mengenainya kerana saya masih cuba, istiqamah untuk kawal ketagihan sosial media ini. Sikit-sikit kita sama sama cuba. Let’s Go!